Blogger Templates

Thursday, July 29, 2010

buzYYYYYYY....errrrrrrrr....

kesibukan yg dulunya hnya mngintai diseblik tirai hidupku kini mula mndekati..bahang kesibukan mula terasa..terkadang tekanan tu begitu mendesak. Dalam kesibukan dan tekanan ni aq lbih selesa bersendiri. Kesendirian ku terkdng membtkan teman aq mula salah faham. Aq mula menjauh..bukan membenci cume aq mngambil masa tuk diri aq sndr. Sukar tuk menjelaskan pe yg kusut so lbih baik mendiamkan diri. Kerana tika ini aq lbih menumpukan kpada bisikan hati aq sendiri. Setiap manusia inginkan masa tuk drnya sendr. Begitu juga aq..

Bukan mudah tuk aq mnjaga hati sume orng yg de skilling aq…andai trlalu mnjaga hati orang lain. , bagaimana pula ngan hati aq sendri????..bila aq memilih diri aq sendr, ade pula yg mngatakan aq trlalu mementingkan dri sendr. Ape yg hrus aq lakukan bg membahagiakn sume phak????.

Bila terlalu gembira ade pula yg mngingatkan aq pda kedukaan itu..salah ke if aq mnghargai kebahagiaan yg tuhan anugerahkan tuk aq???. Aq tidaklah sesempurna mana untk memenuhi stiap permintaan kerana permintaan aq juga tidak slalu dipenuhi..mengertilah aq juga perlukan seseorng di sisi..

Seorang teman yg mampu mngerti disaat kegusaran datangi aq..

Seorng sahabat yg sanggup menangis bersama aq di saat duka mnyentuh hati aq…

Seorng sahabat yang setia di sisi walaupun disaat karenahku terlalu membosankan..

Seorang sahabat yg akan mnyambut tanganku setiap kali aq tersungkur…

Apa ade di antara kamu yg sdng membaca nukilan ini snggup melakukannya????...andai ade yg sdng mngiyakan persoalanku..TERIMA KASIH untk itu..aq amat mnghargainya..sememangnya aq tdak dpt mndngar jawapn itu kerna ianya ade dlm hati kamu nmun ketahuilah aq amat bersyukur kerna TUHAN temukan kita dalam ikatan PERSAHABATAN ni…

Sunday, July 25, 2010

pengGUGURan itu pemBUNUHan so orng yg melakukan pngGUGURan tu adlah pemBUNUH!!!!

*pengguguran scara pengembangan dan pemindahan (D&E) untk janin 23 mnggu

*pengguguran secara sedutan dan kikisan untk janin 9 mnggu


· Kandungan 1-3 bln

Pada kehamilan awal di bawah usia 2 bln, usia janin sangat kecil , pengguguran dilakukan dngan;9o cara menggunakan alat penghisap. Janin yang sangat lembut akan terus terjisap dan HANCUR. Ketika dikeluarkan daripada rahim , kelihatan cecair merah iaitu gumpalan darah daripada janin yang baru di BUNUH .

· Kndungan 3 blan

Pada tahap ini , sebahagian anggota tubuh mulai terbentuk.Pengguguran dilakukan dengan cara MENUSUK janin kemudian bahagian tubuhnya di POTONG dengan menggunakan peralatan khas. Selepas itu janin di TUSUK sekali lagi sama ada pada bahagian pinggang , bahu atau leher . Kemudian di HANCURKAN supaya mudah dikeluarkan dari dalam rahim .

· Kndungan 4-6 bulan

Pada tahap ini bayi sudah semakin membesar dan bahagian tubuhnya sudah jelas kelihatan . Jantungnya sudah bergerak , tangannya sudah boleh menggenggam. Tubuhnya sudah MERASA kerana jaringan sarafnya sudah terbentuk dengan baik. Pengguguran dilakukan dengan memBUNUH bayi ini terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dengan cara memberikan suntikan ke dalam ketuban bayi. Cairan ini akan memBAKAR kulit bayi secara perlahan-lahan, meNYESAKkan pernafasannya dan akhirnya setelah menDERITA beberapa jam , bayi itu akan MENINGGAL DUNIA. Kemudian dengan cara mengHANCURKAN bahagian tubuhnya barulah ia dikeluarkan menerusi rahim.

· Kandngan 7-9 bln

Pada tahap ini anggota badan bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan , termasuk mata,hidung , bibir dan telinga . Jarinya juga sudah semakin jelas manakala otaknya sudah berfungsi dengan baik. Pada usia ini pengGUGURan dilakukan dengan cara memaksa ibu itu bersalin secara normal dan diBUNUH.

Kebanyakan wanita yang melakukan pengguguran tidak menyedari bagaimana proses ini berlaku disebabkan mereka tidak sedar kerana diberi ubat pelali. Selepas menggugurkannya mereka boleh terus pulang dan teruskan hidup seperti biasa.

Namun bagi bayi itu, ini adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan dan tidak berperikemanusiaan. Kematian bayi yang tudak berdosa tidak disaksikan oleh ibunya sendiri.

Bagaimana sekiranya anda melihat, adakah anda masih sanggup melakukannya????

Tepuk dada tnyalah hati anda…kerna jawapannya ada di situ. Apakah selama bayi itu berkngsi nyawa dngan anda tidak ada sekelumit pun naluri keibuan dalam dr anda???

p/s : ini adlh slh stu artikel yg aq ambik lam harian metro…dngan hnya membc aq dah dpt rs pe yg baby tu rs ms proses tu dilakukan . Camne lak korang?????...sama2lah kita renung2kan…

Bayi tu juga berhak tuk hidup. Tuhan menciptakan bayi itu bersebab. Rahim yg ade pd setiap wanita itu adlh pemberian pling berharga tuk seorng wanita kerna disitulah tempat terkumpulnya kasih sayang. Berilah peluang tuk mereka mencorak hidup mereka sendiri seperti mana TUhan memberi kita kesempatan untuk hidup. Siapa kita untuk mncabut nyawanya sekejam itu????.kenapa mesti mereka yang diHUKUM di atas dosa kita????...






Saturday, July 24, 2010

Why can I say goodbye

To someone that I never had

Why does my tears fall

For someone who was never mine

Why I miss someone that I was never with

And I ask

Why I love someone whose

Love was never mine????

Kenapa???

Persoalan tu yang sering mngetuk pntu hati aq…untk ape aq mngharap pada cinta yg masih blum pasti ianya untk aq..cinta ada dimana2.Bila tiba saat dan ketikanya ia akan datang dengan sendiri. Setiap dari kita punya pendapat sendri tntng erti cinta dan kita juga punya cara yang berbeza dlm mnghargai cinta tu..

Bersedia untk membuka pintu hati kita untk cinta samalah seperti bersedia untk kehilngan dan disakiti…cinta memerlukan pengorbanan. Bertanggungjawab atas rasa yg kita tanamkan dlam hati pasangan kita..itu yang terbaik.

Tipulah lau aq ckp yg cnta xpernah singgh lam hati aq…

Pernah malah berkali2..pernah disakiti , mnyakiti dan bnyak lagi..kekadang trlintas tuk berhnti membuka hati aq untk prsaan tu.Namun Tuhan merencanakan sesuatu tuk aq..kataNYa blum sampai waktu lagi tuk aq mngalah. So cinta itu aq trima dan jalani perhbungan itu untk kesekian klinya. Pada awalnya sumenyer trlalu indah..setiap perhubungan mnjanjikan perasaan yang berbeza. Kebahagiaan yg dirasa juga berbeza. Kata orang ;

Kita hanya mengambil masa beberapa saat tuk jatuh CINTA tapi kita akn mngambil masa bertahun tuk lupakan CINTA itu…

Aq setuju kerna terkadang aq juga bgitu…sukar tuk melupakan dan melepaskan. Mulut mngatakan yg aq dah lupakan semuanya tntng dia tp hati still lg tidak mahu meLEPASkan. Ape mksudnya???. Untuk ape berpgang pd cnta yang xpasti???. Andainya melepaskan cinta semalam semudah melepaskan keluhan rasanya manusia akan selalu mengeluh. Memegang masa silam samalah seperti membiarkan masa depan kita berlalu dengan sia-sia.

“Ape yg berlaku semalam itu adlh kenangan..hari ini adalah kenyataan dan esok adlh harapan..semoga esok mnjanjikan yang trbaik tuk kita.”

Friday, July 23, 2010


bElAjAr mEnghArgAi miLik sEndiri

Sewaktu ade terkeluar dari senarai , setelah tiada tercalon untk anugerah. Semasa boleh tertawa bersama selalu bermasam muka , setelah pergi ingin sekali berkongsi cerita . Kita memang selalu macam tu.Jarang menghargai apa yang dimiliki tetapi selalu terbulau oleh apa di tangan orang . Tidak salah mencemburui sebab itu semula jadi dan ada nilai motivasi , tetapi jika cemburu menyebabkan kita bertindak gila tentu tidak sesuai untuk dibanggakan oleh diri . Bukan kita saja macam tu , ramai lagi manusia pun sama . Sewaktu bersama asyik hendak berpisah , setelah terpisah baru tahu makna rindu . Sewaktu dalam genggaman tidak tahu menghargai , setelah terlepas baru tahu nilainya tinggi . Kalau boleh membina cerita , ambillah masa untuk mendengar juga .

Hargai bila berdua , sayangi bila bersama , maafkan bila terluka , ingati bila sunyi , selalulah bertenang , hasilnya selesa dan bahagia .

Kita memang selalu menyesali yang telah berlaku .Ketika bersama terasa beban , tetapi bila tiada beban terasa makin berat. Kesempatan untuk bersama selalunya tidak lama . Ketika kesempatan itu terbuka sepatutnya dinikmati dan dipelihara . Tidak perlu bersusah payah untuk memberhentikannya , sebab tiba masanya ia akan berhenti dengan sendiri . Tidak perlu ‘membunuh’ dia yang kurang menyenangkan , tiba masanya dia akan pergi jua . Tiada siapa boleh hidup bersama selama-lamanya.Tiba masa dan ketikanya masing-masing akan melangkah pergi . Memang kita selalu macam tu .

Selalu nampak terang diseberang sungai sedangkan disebelah sini tidak kurang . Bila kita sampai kesana baru tahu yang terang itu bukan semestinya meriah dan menyenangkan , kadang2 yang terang itu memanglah benderang tetapi tidak semestinya membahagiakan .

Selalulah berkata begini , tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu , tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu , tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu , namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu. Kena anggap setiap yang di tempuh suatu kenangan untuk iktibar . Setiap yang dikenali sebagai teman sejalan menuju titik akhir . Yang diambil untuk hidup bersama sebagai teman membina persiapan disini untuk dipetik hasilnya ‘di sana’ nanti . Setiap yang dimiliki adalah berharga dan perlu dipelihara .

Jika perlu berpisah , kita berpisah dengan rela . kita selalu macam tu . Maka batasi langkah dan perhati bicara . Jangan sampai tersilap melangkah usah sampai tersilap bicara . Tersilap langkah selalunya membawa masalah , tersilap bicara selalunya membawa duka . Setiap kita hanya ada kesempatan yang sedikit untuk menghargai makna kehidupan yang sebenar…

*nukilan ni hasil karya pkar motivasi tp sori ar aq dah lupe nm die…n ni sekilas pndng aq tntng karya beliau..;

Bg aq btul pe yg trtlis tu..kita mmg jarng mnghargai pe de pd kitA..slalu mempersoalkan pe yg trjadi…bila semua nye berlalu dr hdup kita…kita still lg mempersoalkan pe yg trjadi..aq xckp pde sesape coz aq sndr pon same camtu…hmm….xpernh puas ngan pe yg aq ade..

So bermula dr detik ni sama2 lah kita hargai pe yg masih tersisa untk kita..mgkin kehilangan tu adlh yg terbaik tuk kita…Tuhan tahu ape yg terbaek tuk hambaNya…

Yakinlahhhh………

Thursday, July 22, 2010


pErcAturAn hidUp

Aq dpt rs yg Tuhan sdng merencanakan sesuatu untk aq..mgkin yg trbaik untk aq…tpi entahla.

Kenapa mesti sekarang tuhan temukan aq ngan dia???

Pe maknenyer pertemuan kali ni???

Orng lain yg ku hrpkan tpi orng lain yg datang…hmmm…hidup ni penuh ngan kjutan..

Aq xpernah cuba untuk lupakan die sperti mana aq cube lupakan orng lain lam hdup aq…knangan aq ngan die hilang ditelan masa..

“saya akan tetAP TUNGGU awak”….

Ni la ayt yg prnh die ucap dlu..stiap kli prtemuan kami ayt ni yg slalu aq dngar..n slame perpshan tu trjadi antr kami , aq xpernh nk ambik tau sme ade die btul2 tunaikan kata2 tu atau pun x coz aq sendr xpernh tutup pintu hati aq untk insan lain..kami bawa haluan msing2..di mana n dngan saper die brade xprnah mnjadi persoalan bagi aq…

Kini skali lgi kami di pertemukan dan tiade septh kata yg terucap..jntng aq seakn2 brhnti berdtik seketika di saat die brada dpn mataku…knangan aq ngan die kmbali singgah di ingatanku..kngan yg xpernah aq buang atau cuba tuk lupuskan...yg aq tahu waktu tu aq juz nk larikan diri sejauh mgkin dari dia..tapi xde sape yg mampu melawan takdir yg dah pun ditntukan..

Mgkin ade mksud trsirat di sebalik pertemuan kali ini…ya right!!!...

Mgkin kot…